11 December 2021 : 0139hrs | Bera, Pahang
Assalammualaikum...
Lama betul tak menulis. Bertahun ... Mana lah hilangnya masa kan.. tetiba dah hujung tahun.. Bila nak audit balik tahun yang kita dah lalui macam confuse, macam baru jer masuk tahun baru.
Tahun ni (2021) umur dah 42 tahun. Alhamdulillah umur dipanjangkannya.. Baru-baru ni jumpa dengan orang-orang industry yang hebat-hebat. Bila kita berniaga ni macam-macam ragam manusia yang akan kita jumpa. Pelbagai background and pengalaman yang boleh dipelajari. Pengalaman is the best way nak belajar if you are doing business.
Saya selalu muhasabah diri, kenapa Allah hadirkan orang ni dalam hidup aku. Bila kita tau Allah yang hantar orang itu, maka kita tak akan rasa menyesal berkenalan dengan dia. Setiap perkara yang berlaku adalah kerana Allah tentukan. Its either sweet memories or something to learn. Tak menyesal dikenalkan dengan mereka yang pernah hadir dalam hidupku.
Untuk kenalan baru yang saya hormati dan kasihi, you know who you are. Terima kasih sudi menjadi sebahagian dalam perjalanan hidup saya. We learn and we move forward. Semalam itu adalah pengalaman yang manis untuk di kenang, banyak yang kita dah belajar. esok adalah perjalanan yang kita boleh kita rancang dan kena ingat, we PLAN but HE is the best of planners.