Thursday, May 10, 2012

Adab & Adat Berpantang Selepas Bersalin



Kenapa berpantang 40 hari?
Assalammualaikum..
Pernah tak ibu-ibu di luar sana tertanya-tanya kenapa kita orang melayu perlu berpantang selama 40 hari? Atau 44 hari? Saya sering tertanya-tanya, sebab kajian (kajian tak diiktiraf la kan, hehehehe) yang saya lakukan, hanya kaum melayu mengamalkannya. Ini kita cerita berpantang tak keluar rumah, termasuk pemakanan, pemakaian dan cara hidup tau..

Kaum cina pun berpantang macam kita, 40 hari, tapi ade antara mereka berpantang
tapi masih boleh bekerja. Saya ade beberapa kenalan berbangsa Cina yang telah sambung bekerja selepas 14 hari melahirkan anak. Atas sebab bekerja sendiri, maka proses berpantang masih
diterus kan di tempat bekerja bersama bayi.
Berbalik kepada kenapa kita perlu berpantang selama 40/44 hari. Berdasarkan interview saya dengan orang-orang yang lebih berumur dan termasuk la buah idea yang tetiba datang, kita perlu berpantang selama 40 hari kerana kita kandungkan bayi selama 40 minggu.
Tempoh berpantang adalah tempoh dimana kita perlu “bonding” dengan bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir sangat memerlukan dakapan dan mereka masih ingat pada suara kita.
Sebab itu, perasan tak bayi baru lahir suka didokong dan didakap? Bukan sebab kita nak manjakan dia, tapi sebab bila bayi lama dikendong ketika di dalam perut.
Sering mereka yang berumur akan berkata, “ Jangan didokong budak tu selalu,
nanti manja sangat” tapi, ketika berpantang adalah satu-satunya masa kita akan
tertumpu pada mereka sebelum kita mulakan routine harian bekerja tak tentu masa
yang akan meletak kan lebih separuh dari 24 jam bayi kita pada orang lain.
Adilkan?
Pemakanan ketika berpantang zaman dahulu amatlah berbeza dengan zaman sekarang.
Tidak semua yang diturunkan baik buat generasi akan datang. Mana yang elok kita
teruskan, mana yang perlu ditinggalkan jangan teragak-agak untuk meninggalkannya.
Phrase yang biasa didengar, “Aku dulu makan jamu sehari selepas bersalin, sihat
ajer badan, bayi pun ok”. Haa, pernah dengar? Memang betul, ade yang ok tapi
ada yang beri kesan sampingan pada ibu dan bayi. Kenapa? Kerana badan kita lain-lain,
dan dengan cara hidup moden yang kaya dengan pencemaran alam, telah mengubah
segalanya. Sebab itu, doctor selalu sarankan, makan jamu selepas 3 minggu atau
selepas habis pantang.

Kenapa kita tak boleh keluar rumah? Haa, secara logiknya, kalau kita ke
shopping centre dengan bayi yang baru lahir, maka kita akan dedahkan bayi
tersebut kepada risiko-risiko jangkitan dari pengunjung lain di pusat
membeli-belah tersebut. Kalau bayi kita
dijangkiti kuman dan tak sihat, bukankah ia turut member impak pada kita?
OKlah, apa pun, ini hanyalah pandangan peribadi, jangan plak dijadikan rujukan kesihatan dari pakar, kerana saya hanya menceritakan dari pengalaman dan pemerhatian saya semata-mata.

Momo 9.07.2020 - 9.01.2021

Somerset Kuala Lumpur | 18 January 2022 | 0206hrs  Welcome 2022 !! we are ready for your awesome journey.. life is about choice anyway dan s...