Tuesday, April 15, 2014

Selamat datang Second Quarter Tahun 2014!

Assalammualaikum…
Dah masuk 2nd Quarter untuk 2014. Alhamdulillah.. Sekejap jer kan masa berlalu.
Perkara yang paling berharga adalah masa yang telah berlalu, sebab macam mana kaya pun kita, kita tak kan mampu membelinya balik, hanya memori dalam ingatan (itupun kalau otak kita kuat ingatan lah kan)
Tahun 2014, anak pertama saya telah memulakan langkah pertama ke sekolah rendah. Alhamdulillah, dah besar dah. Ingatan meneran masa segar yer. Fuhh.. :)

Big girl now!




Alhamdulillah di panggil sebagai tetamu Allah
January 2014, saya telah sampai ke tanah suci Mekah buat pertama kali bersama suami dengan kandungan berumur 22 minggu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mampu untuk menjalankan ibadah seperti hamba Allah yang lain. Mengandung adalah rahmat dan jauhi dari menghadkan ibadah anda hanya kerana mengandung. Cuma kena tengok sejarah lah, kalau sebelum ni pernah ada tekanan darah ker, atau keguguran ker atau apa-apa concern dengan medical , please refer to your doctor first before perform umrah just to prepare for the unexpected.
Bulan February pulak sangat mencabar, 
kena tidur hospital sebab ada jangkitan paru-paru. Pengalaman saya sebelum ini, ketika mengandung ia adalah normal kalau kadang-kadang kahak berdarah atau hidung berdarah. Cuma kali ni ia agak berpanjangan dan perlukan rawatan pakar bagi mengelakkan ia berlarutan dan boleh mengakibat perkara yang lebih memudaratkan pada ibu dan bayi dalam kandungan.
Bulan ni jugak sibuk dengan job dari JPK selaku PPL dan Pakar Industri. Semoga saya dapat contribute pada negara dengan pengalaman saya tak seberapa ni kan. 


Bye bye Cruise ;)



Bulan Mac sepatutnya pergi cruise anjuran Etiqa Takaful, tapi tak dapat pergi sebab kandungan dah melebihi 24 minggu. Ingatkan procedure cruise sama dengan flight, rupanya tak. Allah is the best planner, semoga saya dapat sampaikan ilmu dalam bidang ini untuk kebaikkan umat Muhammad yang lain dan mendapat ganjaran dari company challenge seterusnya.  

baby adam the fish
Mermaid in the making

Dan akhir sekali anak-anak dah semakin baik dalam air. Berbeza dengan zaman saya dulu, susah lah sangat nak jumpa swimming pool, kena pergi PJ bayar RM1 untuk main air, sekarang condo dah club banyak pilihan. Bila ada peluang maka rugi lah tak ambil kesempatan. Semoga kepakaran mereka ni boleh selamatkan orang lemas macam mommy lah kan. Hahahaha... 

Momo 9.07.2020 - 9.01.2021

Somerset Kuala Lumpur | 18 January 2022 | 0206hrs  Welcome 2022 !! we are ready for your awesome journey.. life is about choice anyway dan s...