Saturday, January 5, 2013

GIRDLE * CORSET * BENGKUNG * ETC = Shaping lingerie

GIRDLE * CORSET * ETC  =
Pakaian dalam yang membantu pembentukan badan


Trend masa kini adalah pakaian dalam yang boleh membentuk tubuh. Ada macam-macam harga sebab macam-macam brand. Tujuan nya sama dan keberkesanan nya terpulang pada pemakai. Kalau dah pakai shaping suit tapi makan tak jaga maka tak jadi jugak lah kan. Salah satu produk yang dah saya cuba ini lah dia. Selamat membaca!



Apakah ia : pakaian yang sangat berkesan untuk membentuk badan anda.
Terutama badan yang bentuknya dah lari disebabkan lemak dan cara hidup
yang tidak sihat yang mengakibatkan geleber di punggung, pembesaran
yang tak terkawal di kawasan peha atau lipatan berganda di kawasan
perut. Mengawal kemasukkan makanan dalam badan serta membantu
menyokong tulang belakang anda. Bagi saya yang masih menyusukan,
jangan risau kerana pakaian ini tidak menggangu perjalanan susu (saya masih menyususkan baby adam umur 8 bulan
J ).

Material : Nylon dan Spandex

Bagaimana ia berfungsi : * kata-kata ni saya cut & paste dari kotak manufacturer.
sinar inframerah jauh  : - mempercepatkan metabolisme – mengaktifkan amakromolekul biologi – menguatkan keimunan – mencergaskan peredaran darah dan melegakan kesakitan – fungsi pengurangan keradangan dan detumesens – menggalak dan memperbaik peredaran darah

 cas ion negative : membersihkan udara dan menghapuskan habuk dan bau – membunuh bacteris pathogen – mempercepatkan metabolisme dan menguatkan keimunan – memperbaiki fungsi paru-paru – menghilangkan keletihan dan mengekalkan kesegaran – memperbaiki tidur – menyerap dan mengadang radiasi gelombang electromagnet

*pendapat sendiri : Ia berkesan kerana bila dah pakai tu kita makan pun terkawal. Lepas tu minum air kosong yang sangat banyak, maka boleh detox. Bila air dah minum banyak, makan pun kurang, time nak makan amatlah berhati-hati supaya tidak sia-sia memakai nya ;)

front view yang cantik

punya ruang dibahagian intimate bagi memudahkan pergi ke toilet

hook 3 size

Ciri istimewa: tiada besi yang menyakitkan dan sangat mudah ke bilik
air kerana telah direka mempunyai ruang kosong di kawasan sulit. Maka
kami menyarankan untuk pemakai memakai seluar dalam selepas memakai
corsets . (seluar dalam di luar). Rekaan yang cantik juga amat sesuai
untuk tidur malam bersama suami tercinta.
Juga sesuai untuk penyusuan ibu yang mana ia dapat mengelakkan dari
nampaknyer perut atau bahagian lain ketika penyusuan di tempat awam.

Cara pemakaian: pemakai disarankan duduk. Sarungkan baju corsett dari
bawah, naikkan hingga ke peha. Penuhkan ruang yang ada. Bangun dan
tarik baju tersebut ke atas. Pastikan pakaian selesa di kawasan
punggung . Tarik tarik mana yang perlu untuk meratakan pakaian. Tarik
lagi pakaian ke atas sehingga bawah payudara, betulkan yang mana tak
selesa akhir sekali cangkuk kan. Pakaian mesti dipakai dengan selesa
bagi mengelakkan dari meninggalkan kesan di kawasan kulit bahagian
cangkuk.

Siapa yang patut beli : wanita yang mementingkan kesihatan badan serta
kecantikan dalaman atau suami yang ingin menyelesaikan masalah isteri
yang sering kelihatan berat di pandang mata.

Cara membeli : sila ukur bahagian perut anda bagi menentukan kesesuaian baju .
Ukuran perut 25-28" , size baju M
Ukuran perut 29-32" , size baju L
Ukuran perut 33-36", size baju XL
Ukuran perut 37"-40" size baju XXL

Kemudian, sms kan size serta kuantiti ke 012-3678 675 untuk proses order anda.

PERHATIAN :
1. Sekiranya pemakai rasa gatal-gatal (selalunya selepas memakai lebih 8 jam) untuk menghilangkan rasa gatal sila gunakan bedak badan dan sapu dibahagian yang teramat gatal. Dilarang menggunakan kuku untuk memuaskan perasaan gatal.
2. menggunakan teknologi infra red, maka pemakai akan rasa hangat
sentiasa. Sangat sesuai untuk dalam aircond di pejabat.
3. Mesti minum air kosong secukupnya bagi membantu proses Nyah toksin.
Disarankan meminum air mineral bukan air sulingan atau air tapisan
atau air masak.
4. Atas sebab kebersihan dan kesihatan, tiada penukaran atau
pemulangan dibenarkan. Anda dinasihatkan untuk ukur dengan betul dan
berfikir sebelum membeli.


Sunday, June 10, 2012

Supplements time mengandung


Walaupun dah tak pregnant lagi, tapi vitamin time pregnant still ada balance. Maka kena la abiskan. NeuroGainPB adalah antara supplement yang popular dikalangan ibu mengandung. Kalau client saya yang mengandung datang
mengurut, mesti cakap samada makan Obimin atau pun Neurogain. Kenapa dua ni famous? Dari pengalaman saya sendiri, Neurogain popular mungkin sebab capsul
dia yang lembut plus its a Vegicap. Tapi saya tak consume everyday sebab takut baby dalam perut terlebih vitamin. Kalau minum Anmum saya skip vitamin begitulah sebaliknya.
Apapun, untuk ibu mengandung yang nak makan supplement kena refer to your gyne la dulu. Tengok ape yang mommy tak cukup. Biarlah vitamin dalam badan sedang-sedang, jangan terlebih atau terkurang. Anything we conceived effect the baby. So kita tak nak lah do any harm to our precious one. So mommy, choose the best!

Thursday, May 10, 2012

Adab & Adat Berpantang Selepas Bersalin



Kenapa berpantang 40 hari?
Assalammualaikum..
Pernah tak ibu-ibu di luar sana tertanya-tanya kenapa kita orang melayu perlu berpantang selama 40 hari? Atau 44 hari? Saya sering tertanya-tanya, sebab kajian (kajian tak diiktiraf la kan, hehehehe) yang saya lakukan, hanya kaum melayu mengamalkannya. Ini kita cerita berpantang tak keluar rumah, termasuk pemakanan, pemakaian dan cara hidup tau..

Kaum cina pun berpantang macam kita, 40 hari, tapi ade antara mereka berpantang
tapi masih boleh bekerja. Saya ade beberapa kenalan berbangsa Cina yang telah sambung bekerja selepas 14 hari melahirkan anak. Atas sebab bekerja sendiri, maka proses berpantang masih
diterus kan di tempat bekerja bersama bayi.
Berbalik kepada kenapa kita perlu berpantang selama 40/44 hari. Berdasarkan interview saya dengan orang-orang yang lebih berumur dan termasuk la buah idea yang tetiba datang, kita perlu berpantang selama 40 hari kerana kita kandungkan bayi selama 40 minggu.
Tempoh berpantang adalah tempoh dimana kita perlu “bonding” dengan bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir sangat memerlukan dakapan dan mereka masih ingat pada suara kita.
Sebab itu, perasan tak bayi baru lahir suka didokong dan didakap? Bukan sebab kita nak manjakan dia, tapi sebab bila bayi lama dikendong ketika di dalam perut.
Sering mereka yang berumur akan berkata, “ Jangan didokong budak tu selalu,
nanti manja sangat” tapi, ketika berpantang adalah satu-satunya masa kita akan
tertumpu pada mereka sebelum kita mulakan routine harian bekerja tak tentu masa
yang akan meletak kan lebih separuh dari 24 jam bayi kita pada orang lain.
Adilkan?
Pemakanan ketika berpantang zaman dahulu amatlah berbeza dengan zaman sekarang.
Tidak semua yang diturunkan baik buat generasi akan datang. Mana yang elok kita
teruskan, mana yang perlu ditinggalkan jangan teragak-agak untuk meninggalkannya.
Phrase yang biasa didengar, “Aku dulu makan jamu sehari selepas bersalin, sihat
ajer badan, bayi pun ok”. Haa, pernah dengar? Memang betul, ade yang ok tapi
ada yang beri kesan sampingan pada ibu dan bayi. Kenapa? Kerana badan kita lain-lain,
dan dengan cara hidup moden yang kaya dengan pencemaran alam, telah mengubah
segalanya. Sebab itu, doctor selalu sarankan, makan jamu selepas 3 minggu atau
selepas habis pantang.

Kenapa kita tak boleh keluar rumah? Haa, secara logiknya, kalau kita ke
shopping centre dengan bayi yang baru lahir, maka kita akan dedahkan bayi
tersebut kepada risiko-risiko jangkitan dari pengunjung lain di pusat
membeli-belah tersebut. Kalau bayi kita
dijangkiti kuman dan tak sihat, bukankah ia turut member impak pada kita?
OKlah, apa pun, ini hanyalah pandangan peribadi, jangan plak dijadikan rujukan kesihatan dari pakar, kerana saya hanya menceritakan dari pengalaman dan pemerhatian saya semata-mata.

Wednesday, March 14, 2012

BENGKUNG



Bengkung adalah keperluan wanita melayu yang baru melahirkan anak. Tujuan berbengkung
adalah untuk menyokong tulang belakang, membantu membaiki postur pelvik untuk kembali ke ukuran asal, mengempiskan perut, dan bagi memudahkan pengaliran susu. Jika digunakan dengan tapel perut /rempah khas untuk perut turut membantu untuk mengempiskan perut yang mengelebeh setelah proses melahirkan bayi. Diperbuat dari pelbagai jenis bahan dan ukuran
seperti kapas, belacu atau pun tenunan , ada 5 meter dan ada juga 15 meter, terpulang pada pengeluar dan pembuat. Dipasaran Malaysia ade 5 jenis bengkung yang popular, iaitu :

Abdomen wrap or binder is important in Malay Culture during confinement period after deliver a baby. It’s very effective to support the back, the pelvic and also for slimming/firming the
flabby tummy. During the confinement period, wrapping the right way will help in breastfeeding support. Made from variety of material such as cotton, thread and others. Come in 5 meter and also 15 meter depends on the manufacturer. In Malaysia, there are 5 types of wrap that are popular among the user.

1 .Bengkung lilit lipan
Bengkung ni banyak digunakan di kalangan keluarga orang melayu yang mementingkan
rawatan tradisional. Sangat ketat dan sangat berkesan. Walaubagaimanapun agak sukar untuk
ke bilik air. Pemakai boleh menyelak kan sedikit ke atas atau pakai sekali lagi setiap kali keluar
dari bilik air.
Penggunaan : Bengkung jenis ni memerlukan bantuan untuk memudahkan pemakaian, namun
boleh dipakai sendiri jika berpengalaman atau terlatih.



This is traditional wrap that has been used by Malays for generations. Throughout the user experience, it is very effective but not so friendly if you
want to use the bathroom and need to adjust after come out from the bathroom.
How it works : For convenient, need an assistant to put on the wrap but can d.i.y if you know the technique.


2. Bengkung zig zag

Bengkung ZigZag adalah bengkung moden yang popular sebab mudah dipakai. Boleh dipakai
sendiri tanpa bantuan orang lain. Namun dengan pemakaian yang tidak kemas akan membuat
bahagian perut berbenjol-benjol.
Penggunaan : Pemakai perlu baring untuk memudahkan pemakaian bengkung tersebut. Boleh
dipakai sendiri atau dengan bantuan. Ade bengkung zigzag disertakan dengan herba. Bagi keluaran BidanKota, tali zigzag di bahagikan pada 2 bahagian bagi memudahkan pemakai ke tandas. Hanya longgarkan bahagian bawah untuk ke tandas dan ketatkan kembali.

This is second generation of wrap that also very popular among the new mothers. But not
using it properly will make the tummy appear as lump on the surface.
How it works : User need to lie down on bed for easy used. Can be self used or by assistant. There are also come with herbs on it. If the product is from BidanKota, the bengkung will separate in two sections. If the user want to go to the bathroom, they’ll need to loosen the below part only.


3. Bengkung binder
Bengkung binder selalunya dicadangkan untuk ibu yang baru melahirkan anak secara C-Section.
Tidak kuat dan tidak ketat tetapi masih mampu untuk menyokong tulang belakang pemakai.
Penggunaan : Amat mudah dipakai, hanya zap sahaja dan boleh dipakai selepas bersalin.
Binder is very popular among the C-Section mothers. Help to support the back and very loose and not firm at all.
How to use : Just wrap on the tummy area.


4. Bengkung lilit

Bengkung ini berasal dari Indonesia mengunakan benang tenun. Lebih dikenali dengan nama
stagen. Mudah dipakai dan sangat berkesan untuk pelvik, perut dan tulang belakang. Juga boleh
dipakai selepas berpantang. Tidak menonjol jika dipakai didalam baju. Bagi pemakai yang
mempunyai perut buncit, dicadangkan memakai Compress Lotion sebelum pemakaian bengkung.
Penggunaan : Lilit dari peha keatas ketika kaki disilangkan. Boleh dipakai sendiri atau dengan
bantuan.

Origin from Indonesia, made from woven. Famous as Stagen. Very easy to use and very effective to support the back, pelvic, and firming the tummy. Also can be use after the confinement period as it will not show under the cloth.
How to use : Wrap from the thigh up to right below the breast. Can be d.i.y or with help of assistant.


5. Bengkung pakai buang (popular untuk proses mengempiskan perut)
Bengkung ini amat popular di pusat slimming centre. Menggunakan material plastik yang selamat untuk kulit. Ia adalah bengkung pakai buang yang focus untuk slimming.
Penggunaan : Lilit putar sebanyak beberapa kali. Sesudah rawatan hanya gunting dan buangkan,
tidak perlu di basuh.

Disposable wrap is popular at slimming center. Made from a safe for skin plastic and main focus is slimming.
How to use : Wrap and cross wrap for few layers with application of slimming products such as ampoule or lotion. After use, just cut and throw away.


Untuk maklumat lanjut atau pembelian produk sila ke shopping page kami . Terima kasih.
For further info or to purchase, please visit :
www.bidankota.com atau www.muslimahniaga.com.my

Tuesday, March 6, 2012

MY CHRONOLOGY IN BEAUTY INDUSTRY

MY CHRONOLOGY IN BEAUTY INDUSTRY
Known as Safi Abd Rahman, been in beauty industry since year 2000. Basically
that time was all about make up. Trying an error and experimental colors on
friends. My first formal course was with TFS image. Its a few session classes
that include about how to look presentable, how to walk and how to become a
commercial model with hands on makeup classes.

I was grad from University Of Canberra, Australia, Bachelor In I.T and started
seriously in beauty industry in year 2006. That time I was inspired by my aunt
Mak Ani and Tok Sinam. It began when it was very hard for us to conceive our
first baby. We try so many methods and Alhamdulillah finally I get pregnant
after few session of urut tradisional.

Through CHANTEK HEALTH & BEAUTY we set up a spa at Bandar Baru Ampang after
my intensive course with Felisa Cosmetic. Feeling that the intensive course is
not enough, I join Mizumi Beauty Academy for Sijil Kemahiran Malaysia. Thanks
to Che Nor and Madam Koh they really make my eyes open.

My concern with peeling products which are very very popular to Malay market
during 2007 make me agreed with a researcher from a private lab to educate the
customer on how dangerous the product is, not only to the face but also to the
body. So I register MALSWISSE DERMACARE (Malaysia Switzerland Dermatologist
Skincare), name that my husband and I think of to cater the market value in
year 2008. The feedback is very good and is quit an eye opening to the Malay
market and salon owner. I start to give training to salon owner and people who
are interested to open a beauty salon.

In year 2009 I register MUSLIMAH NIAGA to focus on training and supply beauty
products and equipment. Giving consultant and advised on which product to use
for their salon and how to operate the business with their budget.

During my facial session with Dermalogica / Aster spring at Sri Hartamas, I was
amazed by the therapist skills and client care. So I ask her where she learns,
then only I knew about CIBTAC. I thought SKM was everything :D So I
join EWI (aster spring training centre) in year 2010 and meet my old school
mate, YLS. What a small world, we haven’t contact since left Sekolah Menengah
Convent Muar . She doing the sales for EWI and assist me on registration.
As YLS is devoted on school business and I am in love with educating people, so
both of us decided to open MALSWISSE DERMA CARE TRAINING CENTRE SDN BHD (MDCTC) in year 2010. Our first centre was at Empire Shopping Gallery.
When MDCTC open a new branch at SS2 , YLS husband join the team, and I pregnant
for my 3rd baby I left the company and focus to served the industry through MUSLIMAH NIAGA, BIDAN KOTA and SURI HAIR & BEAUTY until to date.

Momo 9.07.2020 - 9.01.2021

Somerset Kuala Lumpur | 18 January 2022 | 0206hrs  Welcome 2022 !! we are ready for your awesome journey.. life is about choice anyway dan s...