Sunday, February 28, 2016

Setting Beberapa Instagram Account dalam iPhone6s

Assalammualaikum...
Baru baru ni iPhone dah boleh install beberapa instagram account dalam satu phone.
camna nak setting? nah kat bawah ni. 


                                    1. dah buka instagram lepas tu tekan butang setting 

                                                                 2. tekan add account

 
Lepas dah add account , maka letak username and password account yang hendak ditambah.  Lepas tu ....            
                                            
                                                       2. tekan account yang sedia ada

  
3. hah tu dia list kan account instagram yang kita ada. so dah tak payah nak log out log in.. yeay!! Selamat mencuba .. kalau tak jadi sila hubungi apple service center :)


Friday, February 26, 2016

Make Up is an ultimate creative skills!

Assalammualaikum...
Beberapa bulan yang lalu saya ditemukan dengan seorang yang sangat berbakat dalam bidang MUA. Bakat yg telah diasah kerana minat. Nama dia AM. Boleh la tengok ig dia di @amacademy. Kalau nak jumpa personally bleh datang @surihairandbeauty di bandar baru bangi.
ni dia AM. Cantikkan?


ha.. tengok cara dia make up. sangat memukau kan? lepas tu macam ada anasir anasir pink pink bagi cecomel. Nak Makeup tunang atau dating ngan husband sangat sesuai la ni.
Yang bawah ni antara hasil make up AM.





ok.. yang minat make up tapi tak tau nak tanya siapa, boleh lah telefon 
SURI HAIR & BEAUTY (014- 3600114 or 03-89222 450 )
kat sana bukan hanya ada rawatan muka, rambut & badan tetapi class penjagaan kulit dan jugak class make up

Monday, February 15, 2016

BM - Hokkaido Milk Loaf

Assalammualaikum... 
Tiba-tiba dah sampai February 2016. Bila akhir zaman kan camni la kita... 
So tahun ni salah satu mission is to share resepi.. Hope that bila saya dah takda kat dunia ni, resepi ni anak - anak mommy bleh lah tengok kat sini.. Err jangan tengok jer.. try la yer.. 
Resepi ni Safi amik kat blog blog dan gabungkan untuk dijadikan roti manis yang sangat lembut dan lemak berkrim.
sangat lembut dan enak dimakan dengan kari kepala salmon Datin Sofea.
Selamat mencuba!
Hokkaido Milk Loaf - version BM Kenwood

Ingredients :
(A)
270g bread flour or High Protein or Flour biasa
43g sugar
4g salt
1 packet instant yeast

(B)
43g eggs
29.5g heavy cream
27g fresh milk
4.5g milk powder
92g tangzhong

(C)
24.5g butter

d.i.y 
TangZhong (starter)
*final weight is around 92gm
6 tablespoons water
tablespoons whole milk powder
tablespoons flour 
Combine all in a small saucepan, whisk until no lumps . Place the saucepan over low heat, whisk constantly until thick and the whisk leave lines on the bottom pan (3-5mins). Transfer to a small bowl and let it cool to room temp

Step : 

  1. Preheat oven to 180°C.
  2. Brew the yeast
  3. Add all ingredient in BM then lastly put in the yeast 
  4. Press No 7
  5. After the BM stop. Remove the dough and shape it into a round ball. Place it in a greased bowl.
  6. Remove the dough from the greased bowl and divide it into 2 equal pieces 
  7. Shape into round balls and proof them for another 15 minutes at room temperature.
  8. Proof for about 40 minutes at 38°C environment, or until it has risen by about 80%.
  9. Shape as what you preffered. I make it normal bun
  10. Brush the top of the bread with egg wash and bake at about 150°C top heat and 180°C bottom heat for about 35 minutes.
eggwash :
1 large egg beaten with 1 tablespoon cold water

Thursday, January 1, 2015

ohhh... 2015 dah sampai!!

alhamdulillah...
diberi peluang untuk merasai 2015.
semoga tahun baru akan dilimpahi seribu rahmat untuk semua pembaca. Teguhkan hati bulatkan jiwa, jom kita hadapi tahun baru dengan semangat jihad
Buat tahun yang lalu, terima kasih kerana memberi pengajaran dan pelajaran . Ok bye :)

Tuesday, April 15, 2014

Selamat datang Second Quarter Tahun 2014!

Assalammualaikum…
Dah masuk 2nd Quarter untuk 2014. Alhamdulillah.. Sekejap jer kan masa berlalu.
Perkara yang paling berharga adalah masa yang telah berlalu, sebab macam mana kaya pun kita, kita tak kan mampu membelinya balik, hanya memori dalam ingatan (itupun kalau otak kita kuat ingatan lah kan)
Tahun 2014, anak pertama saya telah memulakan langkah pertama ke sekolah rendah. Alhamdulillah, dah besar dah. Ingatan meneran masa segar yer. Fuhh.. :)

Big girl now!




Alhamdulillah di panggil sebagai tetamu Allah
January 2014, saya telah sampai ke tanah suci Mekah buat pertama kali bersama suami dengan kandungan berumur 22 minggu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mampu untuk menjalankan ibadah seperti hamba Allah yang lain. Mengandung adalah rahmat dan jauhi dari menghadkan ibadah anda hanya kerana mengandung. Cuma kena tengok sejarah lah, kalau sebelum ni pernah ada tekanan darah ker, atau keguguran ker atau apa-apa concern dengan medical , please refer to your doctor first before perform umrah just to prepare for the unexpected.
Bulan February pulak sangat mencabar, 
kena tidur hospital sebab ada jangkitan paru-paru. Pengalaman saya sebelum ini, ketika mengandung ia adalah normal kalau kadang-kadang kahak berdarah atau hidung berdarah. Cuma kali ni ia agak berpanjangan dan perlukan rawatan pakar bagi mengelakkan ia berlarutan dan boleh mengakibat perkara yang lebih memudaratkan pada ibu dan bayi dalam kandungan.
Bulan ni jugak sibuk dengan job dari JPK selaku PPL dan Pakar Industri. Semoga saya dapat contribute pada negara dengan pengalaman saya tak seberapa ni kan. 


Bye bye Cruise ;)



Bulan Mac sepatutnya pergi cruise anjuran Etiqa Takaful, tapi tak dapat pergi sebab kandungan dah melebihi 24 minggu. Ingatkan procedure cruise sama dengan flight, rupanya tak. Allah is the best planner, semoga saya dapat sampaikan ilmu dalam bidang ini untuk kebaikkan umat Muhammad yang lain dan mendapat ganjaran dari company challenge seterusnya.  

baby adam the fish
Mermaid in the making

Dan akhir sekali anak-anak dah semakin baik dalam air. Berbeza dengan zaman saya dulu, susah lah sangat nak jumpa swimming pool, kena pergi PJ bayar RM1 untuk main air, sekarang condo dah club banyak pilihan. Bila ada peluang maka rugi lah tak ambil kesempatan. Semoga kepakaran mereka ni boleh selamatkan orang lemas macam mommy lah kan. Hahahaha... 

Monday, November 18, 2013

Flash Card untuk Adam

Assalammualaikum..
Hari ni buat flash card untuk Mohamad Adam (age 17 months).
selalu beli kat kedai jer tapi sebab Zalia and Zikry takda aktivity sewaktu cuti sekolah maka marilah kita buat sama-sama.


Step 1 : Masuk website ni dan pilih yang mana berkenan  http://www.brother.com/creativecenter/us/en_us/family/origami/flashcards/ENUS_ABCFLASHCARDS_3.htm



Step 2 : Print (pastikan printer berwarna untuk kelihatan menarik)

Step 3 : Cut

Step 4 : Mulakan aktivitiy dengan Flash Card anda , jangan lupa, Enjoy  :)

Saturday, January 5, 2013

GIRDLE * CORSET * BENGKUNG * ETC = Shaping lingerie

GIRDLE * CORSET * ETC  =
Pakaian dalam yang membantu pembentukan badan


Trend masa kini adalah pakaian dalam yang boleh membentuk tubuh. Ada macam-macam harga sebab macam-macam brand. Tujuan nya sama dan keberkesanan nya terpulang pada pemakai. Kalau dah pakai shaping suit tapi makan tak jaga maka tak jadi jugak lah kan. Salah satu produk yang dah saya cuba ini lah dia. Selamat membaca!



Apakah ia : pakaian yang sangat berkesan untuk membentuk badan anda.
Terutama badan yang bentuknya dah lari disebabkan lemak dan cara hidup
yang tidak sihat yang mengakibatkan geleber di punggung, pembesaran
yang tak terkawal di kawasan peha atau lipatan berganda di kawasan
perut. Mengawal kemasukkan makanan dalam badan serta membantu
menyokong tulang belakang anda. Bagi saya yang masih menyusukan,
jangan risau kerana pakaian ini tidak menggangu perjalanan susu (saya masih menyususkan baby adam umur 8 bulan
J ).

Material : Nylon dan Spandex

Bagaimana ia berfungsi : * kata-kata ni saya cut & paste dari kotak manufacturer.
sinar inframerah jauh  : - mempercepatkan metabolisme – mengaktifkan amakromolekul biologi – menguatkan keimunan – mencergaskan peredaran darah dan melegakan kesakitan – fungsi pengurangan keradangan dan detumesens – menggalak dan memperbaik peredaran darah

 cas ion negative : membersihkan udara dan menghapuskan habuk dan bau – membunuh bacteris pathogen – mempercepatkan metabolisme dan menguatkan keimunan – memperbaiki fungsi paru-paru – menghilangkan keletihan dan mengekalkan kesegaran – memperbaiki tidur – menyerap dan mengadang radiasi gelombang electromagnet

*pendapat sendiri : Ia berkesan kerana bila dah pakai tu kita makan pun terkawal. Lepas tu minum air kosong yang sangat banyak, maka boleh detox. Bila air dah minum banyak, makan pun kurang, time nak makan amatlah berhati-hati supaya tidak sia-sia memakai nya ;)

front view yang cantik

punya ruang dibahagian intimate bagi memudahkan pergi ke toilet

hook 3 size

Ciri istimewa: tiada besi yang menyakitkan dan sangat mudah ke bilik
air kerana telah direka mempunyai ruang kosong di kawasan sulit. Maka
kami menyarankan untuk pemakai memakai seluar dalam selepas memakai
corsets . (seluar dalam di luar). Rekaan yang cantik juga amat sesuai
untuk tidur malam bersama suami tercinta.
Juga sesuai untuk penyusuan ibu yang mana ia dapat mengelakkan dari
nampaknyer perut atau bahagian lain ketika penyusuan di tempat awam.

Cara pemakaian: pemakai disarankan duduk. Sarungkan baju corsett dari
bawah, naikkan hingga ke peha. Penuhkan ruang yang ada. Bangun dan
tarik baju tersebut ke atas. Pastikan pakaian selesa di kawasan
punggung . Tarik tarik mana yang perlu untuk meratakan pakaian. Tarik
lagi pakaian ke atas sehingga bawah payudara, betulkan yang mana tak
selesa akhir sekali cangkuk kan. Pakaian mesti dipakai dengan selesa
bagi mengelakkan dari meninggalkan kesan di kawasan kulit bahagian
cangkuk.

Siapa yang patut beli : wanita yang mementingkan kesihatan badan serta
kecantikan dalaman atau suami yang ingin menyelesaikan masalah isteri
yang sering kelihatan berat di pandang mata.

Cara membeli : sila ukur bahagian perut anda bagi menentukan kesesuaian baju .
Ukuran perut 25-28" , size baju M
Ukuran perut 29-32" , size baju L
Ukuran perut 33-36", size baju XL
Ukuran perut 37"-40" size baju XXL

Kemudian, sms kan size serta kuantiti ke 012-3678 675 untuk proses order anda.

PERHATIAN :
1. Sekiranya pemakai rasa gatal-gatal (selalunya selepas memakai lebih 8 jam) untuk menghilangkan rasa gatal sila gunakan bedak badan dan sapu dibahagian yang teramat gatal. Dilarang menggunakan kuku untuk memuaskan perasaan gatal.
2. menggunakan teknologi infra red, maka pemakai akan rasa hangat
sentiasa. Sangat sesuai untuk dalam aircond di pejabat.
3. Mesti minum air kosong secukupnya bagi membantu proses Nyah toksin.
Disarankan meminum air mineral bukan air sulingan atau air tapisan
atau air masak.
4. Atas sebab kebersihan dan kesihatan, tiada penukaran atau
pemulangan dibenarkan. Anda dinasihatkan untuk ukur dengan betul dan
berfikir sebelum membeli.


Momo 9.07.2020 - 9.01.2021

Somerset Kuala Lumpur | 18 January 2022 | 0206hrs  Welcome 2022 !! we are ready for your awesome journey.. life is about choice anyway dan s...